BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


      i.        Apakah yang dimaksudkan dengan sosiologi


Ø  Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842). Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat. Kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi (Vander Zanden 1996). Kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi, dll (Jary & Jary 1995). Kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat (Giddens 1993). Bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia (Waters 1994).

    ii.        Tokoh- tokoh sosiologi
·         Ibnu khaldun (1332 – 1406)
·         Auguste Comte (1798-1857)
·         Karl Marx (1818-1883)
·         Emile Durkheim (1858-1917)
·         Max Weber (1864-1920)
·         George Herbert Mead (1863-1931)

   iii.        Pendekatan Kajian Dalam Sosiologi Pendidikan

Ø  Pendekatan kajian dalam sosiologi pendidikan terbahagi kepada dua aspek iaitu pendekatan mikro dan pendekatan makro. Pendekatan makro berkait rapat dengan teori-teori dalam sosiologi pendidikan iaitu teori fungsionalisme dan teori konflik manakala pendekatan mikro pula berkait rapat dengan teori interaksionisme
Ø Sosiologi mempunyai tiga teori utama iaitu Teori Interaksionisme, Teori Fungsionalisme, dan Teori Konflik. Teori Interaksionisme dipelopori oleh George Hervest Mead (1863-1931). Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra. Teori ini melihat pendidikan dan struktur individu (mikro) seperti interaksi murid, guru dan pihak pentadbiran di sekolah. Sebagai contoh, bagaimanana aksi murid apabila berhadapan dengan guru serta bentuk hubungan antara murid dan guru yang dikehendaki. Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. 
Ø  Teori Fungsionalisme atau dikenali sebagai Teori Konsensus pula dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857). Beliau berpendapat masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi tersendiri. Fungsi tersebut adalah seperti perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kestabilan dan penerusan/survival masyarakat. 
Ø  Manakala,Bagi Teori Konflik, dipelopori oleh Karl Max (1881-1883) dan diikuti oleh Max Webber (1864-1920). Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. Konflik ini berlaku antara kelas sosial berbeza, kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau kumpulan yang mahukan perubahan. Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial. manakala mengikut aliran Weber, beliau berpendapat konflik antara kelas soial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat. Bagi beliau idea-idea keagamaan sebagai punca konflik yang berlaku dalam masyarakat.
Ø  Teori konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kiasannya. Dalam erti kata lain, pandangan individu tidak diutamakan. 

MIKRO
-       Bersifat kecil dan individu
-       Penagihan dadah adalah pilihan individu
-       Kesan kesihatan fizikal dan mental ke atas individu

MAKRO
-          Bersifat besar, kompleks, dan berfokuskan masyarakat/organisasi
-          Kes jenayah
-       Penyakit berjangkit
-          Kualiti kerja dan pengeluaran
-       Pengabaian anak-anak



      i.        Pengertian pendidikan

   Syed Muhammad Qutb- pendidikan ialah suatu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan. 
     Pendidikan = proses pemindahan secara formal dan tidak formal pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama (Amir Hasan 2006)
       Pendidikan dapat dilihat sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil).
    Pendidikan sebagai suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu produk adalah kesan berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

    ii.        Sosiologi pendidikan

Ø  Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pdp.  



Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI