BAB 14 : PENGURUSAN PENDIDIKAN CEGAH ISU PONTENG SEKOLAH




BERITA HARIAN ONLINE, 19 SEPTEMBER 2018

Keratan akhbar diatas diperoleh daripada Berita harian online yang bertajuk Program Home Visit cegah isu ponteng sekolah. Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk ke-12 bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Pengurusan Pendidikan Cegah isu ponteng sekolah.

KUALA NERUS: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri menjadi perintis bagi pelaksanaan program ‘home visit’ atau lawatan ke rumah pelajarnya yang gagal hadir ke sekolah melebihi 30 hari. Program kendalian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu yang dilaksanakan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) itu adalah julung kali diperkenalkan di negeri ini.

Berdasarkan kepada artikel di atas,dapat saya rumuskan bahawa dengan adanya program tersebut pihak atasan akan mengetahui lebih lanjut masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut apabila mereka datang ke rumah pelajar tersebut. secara tidak langsung pihak sekolah mendapat maklumat dengan lebih jelas daripada ibubapa pelajar tersebut.

Selain itu,program home visit ini juga bertujuan untuk membantu pelajar ini daripada terus tersisih, sekali gus boleh mengundang risiko dalam kes salah laku yang lebih serius

Justeru itu,pelbagai pihak perlu memainkan peranan yang penting tentang isu ponteng sekolah ini . Antaranya ialah pihak sekolah juga berperanan dalam menangani gejala ponteng dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana pihak sekolah merupakan pihak bertanggungjawab untuk mendidik atau mengajar mahupun membentuk akhlak pelajar di sekolah. Pihak sekolah khususnya guru-guru perlulah menerapkan nilai-nilai moral dalam kalangan subjek yang diajar supaya pelajar dapat membezakan antara perkara baik atau perkara buruk sejak awal lagi. Penerapan nilai-nilai berdisiplin dan bertanggungjawab kepada pelajar dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan gejala ponteng sekolah. Nilai-nilai tersebut dapat membentuk sikap dan pemikiran manusia di mana penghayatan nilai-nilai murni akan membolehkan seseorang itu membuat keputusan yang wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd. ArifHj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2005).

Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mendidik dan memberi perhatian terhadap anak-anak supaya tidak terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Ibu bapa perlulah sentiasa mengawal dan memerhati setiap gerak-geri atau tingkah laku anak-anak mereka dari semasa ke semasa.

Akhir sekali, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah. Masyarakat haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam menangani gejala ini. Seharusnya masyarakat sekeliling haruslah mendukung konsep ummah atau kekitaan dalam menangani gejala ponteng sekolah, sikap tegur-menegur, nasihat-menasihati apabila sesuatu kepincangan berlaku dalam masyarakat.  Masyarakat haruslah mengelak sikap lepas tangan apabila berlaku sebarang gejala gejala negatif dan jangan bertindak seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Jenis tindakan yang boleh diambil ke atas kesalahan ponteng sekolah:

1.1.KaunselingKaunseling
2.2.AmaranAmaran
3.3.Merotan (sekali)Merotan (sekali)
4.4.Merotan (2 kali)Merotan (2 kali)
5.5.Merotan (3 kali)Merotan (3 kali)
6.6.Merotan melebihi 3 kali Merotan melebihi 3 kali
7.7.Gantung sekolah Gantung sekolah
8.8.Buang sekolah Buang sekolah
9.9.Tindakan polis Tindakan polis

(Unit Disiplin (1990), Rekod Disiplin Murid, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990)Kementerian Pendidikan.






Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI