BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


DEFINISI PENGURUSAN
·         Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Selain itu,ia juga merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Justeru itu,pengurusan merupakan aktiviti sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).

    EMPAT KEPENTINGAN PENGURUSAN
a.    Menambah pengetahuan
b.    Meningkatkan mutu amalan kerja guru
c.    Menambahkan produktiviti
d.    Mendapatkan keredaan Allah
   
    Terdapat dua perspektif pengurusan iaitu bilik darjah dan sekolah. Pengurusan bilik darjah ialah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003). Usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (Ang Jit Eng 2014).  
  
  Dalam pengurusan bilik darjah terdapat tiga perkara yang perlu dititik beratkan iaitu pembelajaran, tingkah lau dan disiplin, dan fizikal. Bagi strategi pengurusan pembelajaran terdapat tiga iaitu berpusatkan guru,berpusatkan bahan dan berpusatkan pelajar. Berpusatkan guru ialah guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran,guru mengarah pemikiran dan penglibatan contohnya kuliah,penghafalan,menyallin nota,membuat latihan serta soalan-soalan yang diberi oleh guru. Berpusatkan bahan pula ialah guru menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan,bahan lukisan,peralatan sainstifik dan lain lain untuk menjalankan pengajarannya. Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesusaian perancangan. Guru berperanan sebagai pembimbing. Bagi berpusatkan pelajar pula ialah pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaiaman ia dapat mempelajarinya. Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu,kumpulan kecil atau kelas. Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan.

    Untuk pengurusan sekolah pula ialah Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia (Sharpe 1989). Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain. Ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir ialah sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia. Yang kedua ialah kumpulan sasaran manusia - kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial. Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia. Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara. Pengurusan sekolah mengandungi pengurusan bilik pembelajaran, pengurusan sumber,pengurusan tingkah laku/disiplin, pengurusan penasihatan, multibudaya, multiupaya, sekolah dan masyarakat, dan pengurusan kokurikulum.
   
     PRINSIP PEMBELAJARAN
·   Prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang menjelaskan bagaimana suatu    proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di bilik darjah (Shahabuddin        et al., 2006). Prinsip pembelajaran merangkumi kesediaan pembelajaran, pengalaman, latihan, kondusif, bermatlamat, penglibatan aktif, persediaan awal, mengkaji murid dan unsur dorongan. Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar ialah kematangan fizikal iaitu berupaya darisegi kognitif afektif dan kemahiran. Selain itu,mengekalkan perhatian iaitu memberi tumpuan pengajaran guru,tumpuan mendengar dan tumpuan minat. Dari segi dorongan ialah penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat.


Comments

Popular posts from this blog

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI