BAB 11: PENGURUSAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA


BERITA HARIAN ONLINE, 22 NOVEMBER 2018

Keratan akhbar diatas diperoleh daripada Berita harian online yang bertajuk Sekolah perlu tingkat program silang budaya. Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk ke-11 bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Pengurusan Pendidikan Pelbagai Budaya.

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menyarankan sekolah pelbagai aliran di negara ini mengadakan program atau aktiviti silang budaya bagi mencorak pemikiran generasi masa depan. Beliau berkata, aktiviti seperti pertukaran murid dan guru, bermain sukan dan persembahan budaya secara bersama, boleh menjadi penawar kepada masalah atau isu perhubungan antara kelompok masyarakat yang berbeza di Malaysia.

Berdasarkan kepada artikel diatas, dapat saya rumuskan bahawa pendidikan pelbagai budaya ini proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997). Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.

Selain itu, pelaksanaan pendidikan pelbagai budaya ini jugak ialah Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar, guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar dan komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.

Dasar pendidikan pelbagai budaya :
v  Laporan Barnes (1951)
v  Laporan Fenn-Wu (1951)
v  Ordinan Pelajaran 1952
v  Akta Pendidikan 1961

Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi guru
   Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.
   Dalam konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya. Tidak ada prasangka atau prejudis terhadap diri murid. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat.




Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI