BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


Teori-teori perkembangan manusia
·         Psikologi
-          Sigmund Freud ( 1856 – 1939)
-          Erik erikson ( 1902 – 1994)
-          Jean Piaget ( 1896 – 1980)
                  
·         Sosiologi
-          Charles cooley (1864 – 1929)
-          George Herbert Mead ( 1863 – 1931)
Sosialisasi


§  Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
§  Satu proses pembelajaran berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya
§  Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep .
§  Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi.

Jenis sosialisasi

          Primer/Permulaan
          Berlaku dalam keluarga
          Kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan, kemahiran bahasa.

          Sekunder/Penyertaan
          Berlaku di luar lingkungan keluarga
          Pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa.

          Resosialisasi
          Proses individu menukar kepercayaan, moral, nilai sedia ada

Sosialisasi dan pendidikan

·         Sosialisasi sebagai matlamat pendidikan di Malaysia
·         Guru & rakan sebagai agen sosialisasi
·         Sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan
·         Interaksi sosial di sekolah umumnya dan dalam bilik darjah/semasa pembelajaran khususnya

Interaksi dalam pembelajaran


Konsep interaksi

·         Saling tindakan/berhubungan antara dua atau beberapa pihak.
·         Interaksi dua pihak: interaksi seorang guru dengan seorang muridnya.
·         Interaksi beberapa pihak: interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran
·         Interaksi lisan dan bukan lisan

Jenis – jenis interaksi
·         Interaksi sehala/pasif
·         Interaksi dua-hala
·         Interaksi kumpulan

Interaksi sehala
·         Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara AUTOKRATIK
·         Pembelajaran berpusatkan guru
·         Guru sebagai pemberi/penyampai maklumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat
·         Murid bersikap pasif, jarang berkomunikasi dengan guru atau murid yang lain.
·         Kurang berkesan sekiranya diamalkan pada keseluruhan proses P&P
·         Sesuai digunakan semasa memberi arahan/taklimat atau fakta penting kepada murid

Interaksi dua hala
·         Penyertaan murid alam P&P melalui interaksi guru-murid.
·         Guru bertanya murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid
·         Murid bertanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran
·         TIADA interaksi antara murid-murid
Interaksi kumpulan
·         Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara DEMOKRATIK
·         Interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid
·         Guru bertindak sebagai fasilitator
·         Murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi
·         Mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, toleransi, bertukar fikiran, dan tolong-menolong
·         Sering diamalkan dalam tugasan amali, projek, dan pembentangan.

Cara membentuk interaksi yang sihat dalam pembelajaran
·         Mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran
·         Penyoalan dalam pengajaran
·         Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
·         Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
·         Menggalakkan pembelajaran dalam kumpulan kecil
·         Memupuk sikap yang betul terhadap interaksi

Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI