BAB 8 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

BH ONLINE, 10 JANUARI 2017


Keratan akhbar diatas diperoleh daripada berita harian online yang bertajuk Makmal sains sekolah dikuarantin. Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk kelapan bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Pengurusan Bilik Pembelajaran

MUAR: Makmal sains di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Muar, di sini, dikuarantin sementara selepas berlaku kebocoran bahan kimia berbahaya jenis phosphorus pentoxide, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, bekas keluli berisi bahan kimia itu yang mahu dilupuskan, bocor sebelum disedari pihak sekolah yang kemudian menghubungi bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Marzuki Ismail, berkata bomba mengarahkan sekolah kuarantin sementara makmal sains berkenaan kerana bahan kimia itu berbahaya yang boleh menyebabkan letupan kecil jika meruap di udara.

Berdasarkan artikel di atas. Dapat saya membuat rumusan tentang pengurusan bilik pembelajaran di sekolah. Bilik pembelajaran yang dimaksudkan ini ialah bilik darjah,makmal sains,makmal ICT,bilik PSV, gymnasium,bengkel kemahiran hidup (KHB,RBT,MPV) dan bilik muzik.


Ciri keselamatan bilik pembelajaran
v  Ruang kerja selesa – susun atur perabot
v  Ruang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak
v  Cahaya dan pengudaraan yang cukup
v  Tempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup
v  Sudut pameran/hasil kerja murid
v  Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan
v  Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin


Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI