BAB 13 : PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

SINAR HARIAN, 17 MAY 2019



Keratan akhbar diatas diperoleh daripada Sinar harian online yang bertajuk PIBG bantu kurangkan bebanan guru. Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk ke-13 bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Pengurusan Sekolah dan Persekitaran.

SHAH ALAM - Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Setiawangsa, Amiruddin Sahudi berkata, fungsi PIBG membantu dan tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran sekolah. Menurutnya, PIBG fokus kepada empat teras untuk membantu sekolah iaitu infrastruktur, sukan dan ko-kurikulum, sahsiah disiplin dan akademik. "Jadi, tugas PIBG untuk timbulkan kesedaran kepada ibu bapa mengenai sumbangan mereka kepada sekolah.

Berdasarkan artikel di atas,dapat saya membuat rumusan bahawa tajuk pengurusan sekolah dan persekitaran adalah hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang komples. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.

 

Bentuk jalinan tiga dimensi interaksi sekolah

Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
Justeru itu, faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.


Hubungan sekolah dengan Ibu bapa dan masyarakat
Hubungan sekolah dengan ibubapa dan masyarakt perlu ada perkongsian pintar iaitu mencapai matlamat atau objektif yang sama, perlu ada hubungan yang mantap serta akrab gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang  terlibat

Hubungan sekolah dan ibubapa (PIBG)
       Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
    Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
       Tindakan PIBG membela nasib guru (bersemangat dan selesa ketika bertugas)
       Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa  dengan guru.
    Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi



Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI