BAB 12 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PELBAGAI UPAYA

HARIAN METRO, 26 OKTOBER 2017


Keratan akhbar diatas diperoleh daripada harian metro online yang bertajuk Peluang buat yang teristimewa. Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk ke-12 bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Pengurusan Pendidikan Pelbagai Upaya.

Shah Alam: Bukan saja diberi peluang pendidikan secara percuma, mereka juga menerima elaun bulanan. Itu antara keistimewaan yang diterima pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) yang mendapat pendidikan kemahiran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) di sini. Sehubungan itu, ibu bapa yang mempunyai anak OKU digalakkan menghantar anak mereka ke sekolah pendidikan khas sebagai jaminan masa depan lebih cerah kepada mereka.

Berdasarkan artikel diatas dapat saya rumuskan bahawa murid pelbagai upaya ini memerlukan perhatian yang secukupnya daripada ibubapa dalam menguruskan mereka untuk alam persekolahan. Apabila murid pelbagai upaya ini dihantar ke sekolah mereka akan lebih berdikari dan memperolehi kemahiran tertentu yangboleh diguna pakai pada masa depan.
Terdapat beberapa kategori murid pelbagai upaya :
v  Masalah pendengaran
v  Masalah penglihatan
v  Masalah pembelajaran
v  Pelajar berbakat pintas cerdas
Jenis-jenis program khas yang diwujudkan oleh kerajaan
v  Sekolah pendidikan khas (SPK)
v  Program pendidikan khas intergrasi
v  Program bermasalah pembelajaran spesifik disleksia
v  Program pemulihan khas
v  Program inklusif (PI)
       Kesimpulannya, Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya.Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengankanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI