BAB 5 : PENGURUSAN MURID

UTUSAN ONLINE,24 JANUARI 2017





Keratan akhbar diatas diperoleh daripada utusan online yang bertajuk Pembelajaran Menyeronokkan Pikat Murid. Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk keenam bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Pengurusan Murid.

        Kementerian Pendidikan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penerapan elemen pem­belajaran menyeronokkan bagi memastikan murid-murid gembira ke sekolah sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Beliau berkata, konsep pembe­lajaran yang menyeronokkan te­lah dilaksanakan di semua sekolah secara meluas dan tidak terhad kepada pembelajaran dalam bilik darjah semata-mata.

     Berdasarkan kepada keratin akhbar diatas dapat saya rumuskan bahawa apabila pembelajaran di sekolah yang menyeronokkan dapat menarik minat pelajar ialah dengan cara guru mengajar di sekolah bukan sahaja di bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah.

       Selain itu, ekosistem pembelajaran abad ke-21 perlu wujud secara menyeluruh dan bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai, komponen penting dalam mewujudkan ekosistem ini ialah budaya sekolah, prasarana; penglibatan ibu bapa dan komuniti guru yang profesional serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan.

        Pentadbir sekolah yang berkesan akan berupaya menggembleng komponen tersebut untuk menghasilkan pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan; memberi aspirasi dan inspirasi kepada murid untuk datang ke sekolah setiap hari dengan perasaan gembira dan seronok untuk belajar," katanya dalam sidang akhbar baru-baru ini.

        Seperti yang kita tahu bahawa, kementerian telah memperkenalkan Program Sekolah Penyayang pada 2012 bagi mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan guru di sekolah, guru akan memiliki sikap kepedulian terhadap setiap perkara berkaitan murid selain menganggap murid adalah aset penting sekolah. Setiap guru akan membuda­yakan amalan penyayang, mereka juga akan mengamalkan sikap profesional dalam hubungan dengan murid, ibu bapa dan juga masyarakat. Hubungan baik antara guru dan murid dapat mengekang gejala ponteng sekolah, sikap melawan dan meningkatkan minat untuk ke sekolah,

           Kesimpulanya,kecekapan pihak sekolah dalam menguruskan setiap murid di sekolah akan dapat menarik minat pelajar untuk ke sekolah tanpa perlu dipaksa oleh ibubapa mereka sendiri.





Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI