BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

UTUSAN ONLINE 7 FEBRUARI 2019



Keratan akhbar diatas diperoleh daripada utusan online yang bertajuk Bilik Darjah Ibarat Kediaman Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk keenam bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Pengurusan Bilik Darjah

Siti Faridah Shuib,40, merangkap guru kelas murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Batu Kawan, Pulau Pinang. Beliau gemar berkongsi keterujaan menghias kelas bersama tenaga pengajar sekolah yang lain dengan memuat naik perkara itu dalam laman sosial. Ternyata ‘posting’ itu tular dengan mendapat perkongsian sebanyak 2,400 daripada warganet yang menjadikan konsep bilik darjah bertemakan ‘farmhouse’ menjadi suatu fenomena baharu. Katanya, ia juga sebahagian hasil kerja bagi mengalu-alukan kedatangan murid tahun satu dan ibu bapa memandangkan ini merupakan kali pertama mereka melangkah ke alam persekolahan.

Pengurusan bilik darjah ini mempengaruhi beberapa faktor :


Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga faktor kategori iaitu faktor fizikal,faktor kemanusiaan yang boleh dilihat dari segi faktor sosial dan emosi dan faktor teknikal. (mak boon sang 2008).

Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza.Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang,2008).

Faktor terakhir ialah faktor teknikal yang merujuk teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, kuiz, drama dan sebagainya

Kesimpulannya, kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata,malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi,dan teknikal.



Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI