PEMILIHAN SEORANG WATAK DI DALAM KELAS KPS 3014 KUMPULAN N

         Assalamualaikum Cik Izazol binti Idris. Untuk pemilihan watak di dalam kelas KPS yang dipilih oleh saya ialah Vanessa Anak Keban. Antara sebab mengapa saya memilih beliau kerana bagi pendapat saya beliau seorang yang sangat rajin dan menyiapkan setiap tugasan yang paling awal. Antara contoh yang saya boleh beri ialah seperti tugasan di forum,bagi saya setiap kali saya buka forum untuk menyelesaikan tugasan, saya telah lihat nama beliau yang sudah menjawab forum KPS. Selain itu,Vanessa seorang yang boleh bekerjasama dan membuat kerja cepat dan pantas dengan ahli kumpulan. Walaupun dalam kelas KPS saya tidak berkumpulan dengan beliau,tetapi apa yang dapat saya buktikan di sini bahawa bagi subjek pembangunan sahsiah beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan bersama saya. Dari situ saya dapat lihat bahawa beliau seorang yang boleh bekerja dalam kumpulan. Sebenarnya bekerja dalam kumpulan ini sangat susah jika terdapat ahli yang tidak dapat memberi kerjasama,tetapi bagi saya beliau bukannya seorang yang dikategori sebagai tidak boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak bertanggungjawab.

Akhir kata,saya dengan rasa rendah diri mengucapkan terima kasih kepada Cik Izazol binti Idris atas segala ilmu yang telah cik beri kepada saya dan rakan-rakan sekelas yang lain. halalkan segala ilmu yang telah cik beri kepada saya. Last but not least.doakan saya cemerlang dalam subjek KPS 3014 dan cemerlang dalam final exam setiap sem 😍😍.

Sekian terima kasih 😗

Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI