BAB 4 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

KOSMO ONLINE 23  JULAI 2018

Keratan akhbar diatas diperoleh daripada kosmo online yang bertajuk Perkasa Kepimpinan Pengetua Bermasalah. Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk keempat bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Organisasi dan Kepimpinan.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, pengetua atau guru besar sebagai inspirasi perubahan perlu mempunyai ilmu, watak dan adab untuk memberi inspirasi kepada warga sekolah ke arah mencapai wawasan yang digariskan.“Jawatan pengetua atau guru besar menuntut mereka untuk sentiasa mempertingkatkan tahap kepimpinan agar segala tindakan yang dilakukan dapat memenuhi hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.“Tidak mungkin organisasi seperti sekolah mencapai visi dan misinya sekiranya organisasi dipimpin oleh ketua yang pasif meskipun guru kanan atau guru biasa mampu menggerakkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Ingin saya ulaskan sedikit disini bahawa pengetua merupakan ketua dalam organisasi di sesebuah sekolah. Sebagai pemimpin tertinggi di peringkat sekolah, pengetua dan guru besar bertanggungjawab sepenuhnya dalam memandu organisasi mencapai visi serta misi pendidikan yang telah digariskan.

Kegagalan dalam menjalankan tanggungjawab dengan berkesan akan mengundang pelbagai masalah seterusnya menggugat keharmonian sekolah tersebut. mengikut kamus dewan kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Antaranya ialah melalui teladan. Menurut Robert Dubin (1956) (Al-Ramaiah, op. cit), mendefinisikan kepimpinan “Leadership in organizations involves the exercise of authority and the making of decisions”. 

Berdasarkan kepada definisi tersebut secara ringkasnya kepimpinan merujuk kepada keupayaah serta kebijaksanaan seseorang ketua dalam mengurus kakitangan bawahannya dan sumber yang ada. Dalam mendefinisi pemimpin,terdapat tiga garis panduan yang boleh digunakan. Pertama pemimpin adalah seorang yang boleh mendorong pengikutnya untuk bekerja dengan lebih gigih dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik. Kedua seorang pemimpin itu dipercayai boleh membantu orang lain dari segi memberi semangat dan motivasi kepada pengikutnya atau pun dalam hal mengarah sesuatu .ketiga,mempunyai gabungan kesemua ciri yang disebutkan seperti  sifat pengarah,pengorong dan penasihat.

Kepimpinan amat penting untuk kejayaan sesebuah organisasi. Pengurus amat diperlukan untuk merancang,mengelola atur,mengarah dan mengawak kerja dan perjalanan sesebuah organisasi. Namun begitu,peranan utama pengurus adalah untuk mempengaruhi orang bawahannya bekerja untuk mencapai objektif organisasi.

Kesimpulannya,pemimpin yang mempunyai ciri-ciri mudah disukai orang bawahan memudahkan mereka mempengaruhi orang bawah mengubah sikap,pemikiran dan tingkah laku mereka. Oleh itu,seseorang yang ingin menjadi pemimpin mestilah mempunyai ciri-ciri yang telah dinyatakan diatas agar sesebuah organisasi akan lebih teratur.



Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI