BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

BERNAMA, 27 JULAI 2017



Keratan akhbar diatas diperoleh daripada BERNAMA yang bertajuk Tugas guru kaunseling bukan sekadar bimbingan disiplin Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk ke-10 bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Pengurusan Penasihatan Murid

Yang Dipertuanya Mohd Saleh Ismail berkata peranan guru kaunseling adalah bersandarkan kepercayaan setiap pelajar mempunyai ruang dan peluang untuk mencatat kecemerlangan. "Jadi di sini tugas kami sebagai guru kaunseling adalah membimbing dan memberi bantuan dari segi semangat kepada mereka," katanya kepada Bernama pada Program Kemuncak Kerjaya 2017 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan, di sini pada Khamis.


Berdasarkan kepada artikel di atas,dapat saya membuat rumusan bahawa guru kaunseling merupakan guru yang memainkan peranan penting disekolah,hal ini kerana guru kaunseling mempunyai tiga proses iaitu bimbingan,penasihatan dan mentoring. Definisi bimbingan di sini bermaksud Bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960).


Bagi penasihatan pula ialah Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Seterusnya definisi mentoring ialah Daripada perspektif umum, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu ke individu/ramai (one-to one/many relationship) yang akan meningkatkan tahap professionalisme mantee.

Terdapat 5 fasa bagi proses bimbingan dan penasihatan :
v  FASA 1 - Kesedaran GURU sebagai pembimbing dan     penasihat pelajar
v  FASA 2 - Menguasai Kemahiran-Kemahiran Asas Bimbingan dan Penasihatan
v  FASA 3 - Proses Mengenali Pelajar
v  FASA 4 - Proses Membimbing pelajar

A.    Membina Hubungan
   -  Di tahap ini guru membina perhubungan yang mesra, saling mempercaya dan rasa selamat dengan pelajar agar mereka perbincangan dapat dijalankan dengan lebih baik.
B.    Penerokaan
 - Pada tahap ini, guru cuba membantu pelajar dengan meneroka  permasalahan utama mereka melalui beberapa kemahiran tertentu supaya pelajar dapat memberitahu apakah masalah yang dialaminya dengan jelas.
C.   Definisi Masalah dan Membina Matlamat
-   Pada tahap ini biasanya, pelajar dan guru telah dapat mengenalpasti apakah masalah utama yang menyebabkan pelajar berkeadaan sedemikian. Matlamat tidak akan tercapai seandainya masalah utama tidak dikenalpasti
D.   Alternatif Penyelesaian dan Pelan Tindakan
-     Pelajar akan dibantu membuat beberapa alternatif penyelesaian terhadap permasalahan yang mereka alami dan membantu mereka merancang tindakan yang sesuai selaras dengan kemampuan mereka.
E.    Melaksanakan tindakan
-  Tahap seterusnya ialah melaksakan tindakan yang dibincangkan dan membuat penilaian terhadap tindakan tersebut.
F.    Penamatan
-       Setelah pelajar telah mencapai matlamat dan objektifnya, maka penamatan hubungan bimbingan bolehlah ditamatkan. guru akan memantau pelajar seterusnya melalui tindakan susulan.
v  FASA 5 - Fasa Analisis Penilaian

Perbezaan di antara bimbingan penasihatan dan kaunseling

BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
KAUNSELING
Berfokus kepada masalah yang individu hadapi.
Berfokus kepada individu yang bermasalah.
Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling.   
Tindakan yang diambil adalah secara ad hoc       berdasarkan keperluan.
Tindakan yang diambil adalah dirancang secara bersistematik dan berstruktur.







Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI