BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PUSAT SUMBER SEKOLAH

BERITA HARIAN ONLINE, 22 FEBRUARI 2017
Keratan akhbar diatas diperoleh daripada Utusan online yang bertajuk Aktiviti NILAM tingkat keupayaan pelajar masalah. Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk keenam bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Pengurusan Sumber (PSS DAN SPBT)

KUANTAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Damai di sini, menjadi sekolah pertama di Pahang yang melaksanakan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) khas untuk pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN), Mohamed Kamal Hashim, berkata program yang dinamakan NILAM Mustika itu sudah dilaksanakan sejak 2015 dan berjaya meningkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar pendidikan khas di sekolah berkenaan

Berdasarkan kepada artikel di atas,dapat saya membuat rumusan bahawa pusat sumber merupakan salah satu pengurusan yang penting di sekolah. Hal ini kerana dengan adanya pusat sumber tersebut pihak sekolah akan mengalakkan setiap pelajar dengan amalan membaca. Bahkan dengan adanya pusat sumber di sekolah ia dapat membantu para pelajar untuk mencari sumber rujukan dalam menjalankan sesuatu tugasan yang diberi.

Selain itu, apabila amalan membaca ini telah diterapkan oleh pelajar, pelajar akan lebih gemar untuk menyertai program nilam di sekolah. Setiap pelajar di sekolah akan diberi sebuah buku nilam untuk mereka mengisi sebanyak mungkin buku yang telah mereka membaca apabila berada di pusat sumber sekolah.

CIRI-CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN IALAH :

v Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
v  Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS.
v  Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
v  Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik . 


AKTIVITI YANG BOLEH DIANJURKAN OLEH PSS

•NILAM
•DEAR (drop everything  and read)
•Pameran mengikut bidang
•Kuiz 



SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

UTUSAN ONLINE , 6 DISEMBER 2018

Keratan akhbar diatas diperoleh daripada Utusan online yang bertajuk Sasar buku teks digital untuk pelajar sekolah menjelang 2022 Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk keenam bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Pengurusan Sumber (PSS DAN SPBT)

KUALA LUMPUR 6 Dis.- Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menyediakan buku teks digital bagi semua pelajar sekolah menengah di negara ini menjelang 2022. Timbalan menterinya Teo Nie Cheng berkata pada tahun hadapan kementerian bercadang mewujudkan buku teks digital untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. “Manakala bagi buku teks digital interaktif, kementerian bercadang untuk mewujudkannya untuk pelajar Tingkatan 3 pada 2020. Manakala pada 2021 pula kementerian akan menyediakan buku teks digital interaktif untuk pelajar Tingkatan 1,3 dan 4.“Untuk tahun 2022 buku teks digital interaktif akan disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi pendapat saya,cadangan Kementerian Pendidikan untuk menyasarkan buku teks digital kepada para pelajar adalah satu cadangan yang baik ,hal ini kerana dengan wujudnya perkara ini ia akan dapat membantu para pelajar daripada membawa beg berat ke sekolah. Seperti yang kita tahu,kebanyakkan ibubapa akan membuat aduan bahawa anak mereka ke sekolah dengan membawa beg yang berat dan menyebabkan sakit bahu. Oleh itu,perlaksanaan buku teks digital iniakan meringankan beban para pelajar serta pihak sekolah.

Selain itu,apabila penggunaan buku teks digital ini dilaksanakan secara tidak langsung  kita dapat mengurangkan indeks  penggunaan kertas di Negara ini serta para pelajar dapat pengetahuan melampaui bilik darjah.

Justeru itu,sebelum buku teks digital ini disasarkan,sebagai pelajar yang meminjam buku teks di sekolah hendaklah bertanggungjawab menjaga buku teks dengan baik. Contohnya pelajar yang menerimaperlu membalut buku teks upaya tidak mudah terkoyak. Pelajar juga perlu menghantar buku teks mengikut tarikh yang telah dimaklumkan oleh guru SPBT. Hal ini kerana,dapat membantu dan memudahkan guru SPBT untuk menyusun buku teks dengan baik dan kemas di bilik BOSS.

ANTARA LANGKAH UNTUK MENJAGA BUKU TEKS DAN MENCERIAKAN BILIK BOSS IALAH :
  • Menubuhkan Kelab Skim Pinjaman Buku Teks
  • Menubuhkan Klinik Buku Teks
  • Mengadakan Kempen Sayangi Buku Teks
  • Mmebina kaunter aduan pelanggan


CARTA BILIK KHAS (BILIK SPBT)



CARTA ALIR PINJAMAN BUKU TEKS


Comments

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

PEGENALAN DIRI