BAB 9 :PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

UTUSAN ONLINE 12 JULAI 2017


Keratan akhbar diatas diperoleh daripada utusan online yang bertajuk Tangani Masalah Disiplin Secara Bersepadu Tajuk akhbar ini akan dirumuskan berkaitan dengan tajuk ke-9 bagi subjek pengurusan dan pembelajaran iaitu Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin

PENDEDAHAN pihak Kementerian Pendidikan baru-baru ini bahawa sebanyak 402 buah sekolah menengah dan rendah di negara ini sedang dalam pemerhatian berikutan isu disiplin pelajar wajar diberi perhatian serius. Walaupun bilangan sekolah itu kecil berbanding jumlah keseluruhan sekolah di Malaysia yang lebih dari 10,000 buah tetapi jika kita gagal bertindak segera kemungkinan besar masalah disiplin di sekolah terbabit akan bertambah teruk dan merebak ke sekolah lain.


Berdasarkan kepada artikel di atas,masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegaggalan pelajar untuk memmatuhi perautan yang telah ditetapkan. Antara jenis salah laku yang boleh dilakukan oleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru,vandalisme,kekemasan diri,buli dan sebagainya. Oleh itu,pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mengurangkan masalah tersebut. pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam menangani masalah disiplin ini. Antara pihak yang terlibat ialah ibubapa,media massa,rakan sebaya,sekolah.


Antara peranan ibubapa ialah perlu bijak dalam membahagikan masa dengan anak-anak di rumah. Hal ini demikian,antara faktor yang mendorong kepada masalah disiplin ini ialah berpunca daripada ibubapa sibuk mencari nafkah sehinggakan anak-anak terabai. Kita perlu sedar,institusi keluarga merupakan faktor penting dalam pembentukan disiplin disekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum murid menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Kasih sayang yang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan murid.

Selain itu,media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah disiplin murid. Media massa khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu mementingkan keuntungan,sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik dan menanamkan kesedaran kepada penonton.program-program yang bercirikan keganasan dan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan negatif kepada murid-murid.

Seterusnya,kita perlulah bijak memilih rakan sebaya.murid sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya,rakan sebaya yang positif akan mematikan disiplin murid itu terjamin.

Justeru itu, pihak sekolah atau pentadbir sekolah boleh menangani masalah disiplin murid dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah,mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada murid yang lain. Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolah selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Selain itu,persatuan ibubapa dan guru (PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani masalah disiplin murid-murid.

Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin murid akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-sama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang sedia ada boleh mengugat perkembangan murid dan sistem pendidikan di negara ini. Keperihatinan masyarakat bermaksud memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis dalam menyampaikan maklumat serta membantu melaksanakan peraturan sedia ada.

Comments

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)

PEGENALAN DIRI